Featured

Pure Fish Ball ( Muslim Friendly)


Mun di Kuching tok, masyarakat cina memang terkenal dgn masakan panas mcm soup2, sayur2 goreng, steamboat & seafood.

Antara kedai yg muslim-friendly yg dah lamak beroperasi di Kuching adalah Pure Fish Ball Cafe. Di sitok, main dishes adalah berasaskan ikan dan daging halal.

Dolok lokasi nya di padungan tp kinek tok dah berpindah ke Premis baru di Jln Sekama.

Sebenarnya, yang menarik di PFB tok bukan setakat pada makanan, tapi setup interiornya yg mengingatkan kita dengan suasana di dalam rumah atau kedai dalam drama petang kantonis zaman mensia2 marek.

Duduk mkn di bangku kayu, meja kayu dgn utensil yg ala2 makan malam/tengah hari keluarga pertengahan menjadikan pengalaman makan di sitok lain dari lain.

Dari segi mknan sidak menyediakan makanan yg dimasak panas seperti sup fishball homemade, sayur tumis mcm cangkok manis, kangkung dan sayur campur.

Mun dah sebut 'chinese style' mestilah x jauh dgn nasik goreng dan mee, pun ada juak di sitok. Mun aku ke sitok, mmg sik jauh dr duak menu tok: mee tomato crispy & nasik/bee hun goreng cangkuk manis.
Semenjak nya berpindah tok, vibe premis barunya tok lebih menonjolkan vibe astetik yg amat sesuai pakey sidak molah content. Rasanya akan rami sidak yg minat bergambar mkn sitok lah kelak.

No comments:

Post a Comment